Pages

Subscribe:

Saturday, June 5, 2010

Hakikat Zuhud



Secara umumnya perkataan zuhud memberikan kita satu tasawwur yang samar dan mengelirukan. Khususnya bila kita sentiasa disogok dengan maklumat yang kurang tepat dan bersifat mistik. Tetapi, bila kita memahami zuhud yang sebenar barulah jelas kepada kita akan kemulian Islam dan kesesuaiannya dalam seluruh lapangan hidup manusia. Ramai yang berpandangan bahawa zuhud beerti membuang dunia secara mutlak dan memisahkannya daripada akhirat.

Sekiranya kita melihat pandangan-pandangan ulama'-ulama' yang muktabar tentang definisi zuhud adalah seperti berikut:

1- Abu Idris Al-Khaulani R.A. berkata: Bukanlah zuhud itu menghalalkan yang haram dan tidak juga merosakkan harta, sesungguhnya zuhud itu yang sebenarnya apa yang berada disisi allah lebih kamu yakini daripada apa yang berada ditanganmu, dan apabila kamu ditimpa dengan musibah, kamu amat mengharapkan balasan dan pahala disisiNya daripada diangkat musibah itu sendiri.
2- Abu Sulaiman Ad-Darani- Jangan kamu menyaksikan seseorang itu berzuhud kerana ianya berada dalam hati.
3- Hasan Al-Basri- Orang yang sebenar zuhud itu ialah apabila ianya melihat orang lain dia berkata: "Dia lebih baik daripada saya".
4- Az-Zuhri berkata: Orang yang tidak dikalahkan dengan perkara haram ketika dia bersabar, dan tidak disibukkan dengan perkara yang halal untuk dia bersyukur.
5- Sufyan Bin Uyainah- Orang yang berzuhud di dunia itu ialah apabila mendapat nikmat dia bersyukur, dan apabila diuji dia bersabar.
6- Rabiah R.A. berkata: Zuhud yang sebenar itu mengumpulkan sesuatu dengan haknya, dan meletakkannya di tempat yang sebenarnya.
7- Sufyan At-Thauri- Zuhud yang sebenar ialah pendek angan-angan.

Ini adalah sebahagian mutiara yang bernilai tentang makna zuhud yang sebenar. Semoga Allah S.W.T memberikan kita kefahaman yang sebenar. Amin..
 
 

0 comments:

Post a Comment